Get Adobe Flash player
Home

Berita Terkini

Popular

Maklumat Semasa

Pendaftaran Pelajar Tg 1 2016

Sabtu 2 Jan 2016.

Proses pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2016, berjalan dengan lancar. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dan berminat untuk belajar di Maahad Muhammadi Pasir Pekan (MMPP) Satu-satunya sekolah aliran agama yang hanya menerima pelajar perempuan sahaja untuk Daerah Tumpat. Pelajar yang memohon untuk belajar di MMPP mestilah sekurang-kurangnya mendapat 2A - UPSR. Sekali lagi calon akan diuji melalui Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. Bagi yang berjaya melepasi syarat dalam ujian tersebut sahaja yang di terima masuk ke MMPP. Walaubagaimana pun bagi yang tidak berjaya jika ada kekosongan diberi peluang untuk membuat rayuan.

Pencapaian peperiksaan SMU (2015). MMPP telah dapat mengekalkan pencapaian terbaik SMU 2015 iaitu dengan 137 orang calon 82 (M), 43 (J.J), 12 (J) atau dengan kata lain LULUS 100%. MMPP satu-satunya Maahad Kerajaan YIK yang telah mencapai 100% untuk SMU 2015, SMU 2014 dan SMU 2013. Sekali lagi tahniah untuk semua warga MMPP.

Selamat kembali ke sekolah.


 

Last Updated (Sunday, 03 January 2016 00:44)

 

Ceramah Di Ambang Ramadhan

16 JUN 2015

8.00 am di lapangan Thobor MMPP, diadakan majlis ceramah ilmu " Di Ambang Ramadhan " yang disampaikan oleh Dr. Mohd Azhar Abdullah (Pensyarah KIAS).




Last Updated (Tuesday, 16 June 2015 00:55)

 

Program Perkembangan Staf Siri Pertama 2015

SLOT 2

Penceramah Undangan : Encik Shukri Ismail dari Institut Pendidikan Guru Kota Bharu.
Tajuk : Teknik Pengajaran KBAT


 

Program Perkembangan Staff Siri Pertama 2015

 

SLOT 1


Program Perkembangan Staff siri pertama 2015 diadakan pada 23 Mei 2015 bertempat di bilik wawasan MMPP.  Penceramah bagi slot pertama ialan Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman dimana tajuk yang disampaikan ialah Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Dalam ceramahnya Dr menegaskan akan matlamat hidup manusia merangkumi surah:

Muhammad 47:12, Ali imran 2:14, Al-Annam 6:29, Al Baqarah 2:8, Adz Dzariyat 51: 56, Al Baqarah 2: 30 dan Al Mulk 67:2

Dimana tugas ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya kecuali melalui proses pendidikan yang memiliki matlamat yang jelas lagi benar. Proses pendidikan tidak akan dapat dilaksanakan kecuali dengan adanya pendidik/guru.

Realiti ummat islam sekitar 1/4 penduduk dunia terdirti daripada umat islam dan terdapat sekitar US$600 bilion umat islam meminjam dengan sistem kewangan dan terdapat sekitar US$1 trilion simpanan umat islam dengan sistem kewangan di negara barat ini bermakna terdapat lebihan simpanan sebanyak US$400 bilion namun tidak ada sebuah pun negara umat islam yang diketegorikan sebagai negara maju.

Bagaimana membangun ummah islam kini

Masyarakat islam kini kembali meninggalkan tauhid, iman dan akhlak hasilnya mereka kembali lemah. Jadi bagaimana kaedahnya untuk mengembalikan semula umat islam supaya berada ditempatnya yang sah Kita tidak punya jalan lain kecuali kembali kepada proses pendidikan yang dilaksanakan oleh rasullulah saw sebagai model yang sah al ahzab 33:21

Dalam surah       menerangkan tanggung jawab mengajar dan belajar

Hendaklah kamu menjadi orang oran rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - Dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi kitab allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.

Lima fasa hidup manusia dalam proses pendidikan ialah:

1. Sebelum dilahirkan

2. Persiapan (proses pendidikan)

3. Sumbangan (kerjaya)

4. Pencen

5. Selepas mati

 

Sementara Konsep pendidikan sebenar ialah merangkumi

1. Proses penitisan ilmu

2. Proses membina sifat taqwa dan mengawat sifat fujur

3. Ta’alim

4. Ta’dib

5. Irsyad

6. Tadris

7. Tarbiyah

 

Matlamat Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan pelajar yang

1. berilmu pengetahuan

2. islam lagi beriman serta bertaqwa

3. Berakhlak mulia

4. Beramal soleh dan

5. layak berkhidmat untuk membangunkan keluarga, masyarakat, negara dan ummah

Kita boleh permudahkan dengan  belajar biar pandai perangai biar jurus dan biar boleh tumpang

Matlamat pendidikan kepada pekerja, pejuang, pengikut, pelapis, pengusaha, pendidik, produktif, pendakwah, pemikir, pemimpin dan professional.

Asas akhlak yang ingin dibangunkan termasuk islam,iman,taqwa dan ihsan.  Ilmu dan kemahiran dibina bagi ilmu uyang fundamental ialah ilmu syara -  islam, iman, taqwa dl ...........

Kesediaan berkhidmat ...

Kualiti Guru yang ada mestilah kuat tubuh badan, akhlak terpuji, berilmu serta matang fikiran, berupaya untuk bekerja, mendidik, sejahtera aqidah, betul ibadat, bersungguh sungguh dalam kerjanya, menjaga waktu, tersusun urusannya dan memberi manfaat kepada orang lain.

Kecemerlangan akademik berasaskan kurikulum, persekitaran dan sumber, amalan pembelajaran dan pengajaan, pengurusan dan organisasi kursus, bantuan pelajar dan pengawalan hasil dan kualiti.

 

al imran 185

 

 

 

Last Updated (Saturday, 23 May 2015 03:28)

 

LATIHAN KEBAKARAN - ASRAMA MMPP

7 Mei 2015

Khamis malam Jumaat piahk AJK Asrama dan wakil Pihak Bomba Tumpat telah menganjurkan latihan kebakaran. Semua pelajar asrama seramai 118 orang telah berjaya mengikuti program tersebut. Semoga akan memberikan pengalaman seandainya berlaku kebakaran sebenar. Tahniah kepada pihak penganjur.



Last Updated (Sunday, 10 May 2015 02:42)

 
More Articles...
Carian

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday40
mod_vvisit_counterYesterday24
mod_vvisit_counterThis week113
mod_vvisit_counterLast week259
mod_vvisit_counterThis month457
mod_vvisit_counterLast month1989
mod_vvisit_counterAll days332861

We have: 21 guests online
Your IP: 54.225.16.58
 , 
Today: Aug 16, 2017
Undian
Adakah Laman ini mesra pengguna
 
Slid Gambar
dsc_4440.jpg
Siapa di Talian
We have 21 guests online