Get Adobe Flash player
Home

Berita Terkini

Popular

Maklumat Semasa

Akhir Khat - Naib Johan Khat Rakaah DI MPI

MEI 9 / SABTU

MMPP telah menghantar 4 orang pelajar ke MPI untuk menyertai pertandingan Khat peringkat akhir 2015. Salah seorang wakil pelajar, Farizah Hani dari Tingkatan 3 Ummu Aiman telah mencapai tahap yang terbaik bagi dirinya dan MMPP umumnya yakni NAIB JOHAN kategori Khat Rakaah. 3 pelajar lagi hanya mencapai tahap saguhati dalam kategori Khat Farisi. Tahniah kepada pelajar yang telah berusaha untuk mencapai yang terbaik dan sekali lagi nama MMPP tersenarai dalam arena Khat. Sekali lagi tahniah kepada guru yang telah membimbing semoga lebih ramai lagi pada tahun mendatang wakil MMPP tersenarai dalam penulis khat terbaik Yayasan Islam Kelantan.

Wakil MMPP bersama guru pengiring Pn Hjh Rahimah Yahya.


 


Dari kiri : Nur Maisarah Mohd Arifin, Sobirah Muhammad Faleh Lai, Nik Mashitah Nik Mohd Manan dan Farizah Hani Mohd Khairy

 

Last Updated (Sunday, 10 May 2015 02:17)

 

USRAH GURU 3

6 MAY 2015

Usrah Guru kali ke 3 pada tahun ini berlangsung di Bilik  Wawasan mulai jam 2.30 ptg. Semua guru dan kakitangan hadir dalam majlis tersebut. Tn Mudir ( Tn Hj Tarmizi Said ) selaku pengulas " DIMANAKAH KEPINCANGAN UMMAH KINI " yang di karang oleh Dr. Yusuf Al Qardawi. Buku asal  bertajuk Ainal Al Khalal dan diterjemah oleh Mohd Fakhrudin Abd Mukti di penerbit HIZBI , Shah Alam.

Antara Kepincangan yang dirumuskan ialah:-

1. Umat Islam hilang Kesedaran dan Keperipadian.
Umat Islam hari ini meniru pelbagai perangai kaum jahiliah yang tidak Islamik sedikit demi sedikit dari sekecil-kecil hingga sebesar-besart perangai.
2.  Umat yang lupa diri.
3. Umat yang tenggelam dalam pertimbangan kemajuan dan kebendaan. Sebahagian umat masih mundur dan jauh tertinggal kebelakang dan sebahagian yang lain tenggelam dalam kemewahan.
4. Umat tidak menggunakan seluruh kekuatan. .. Bagi umat kini sesuatu yang sangat murah ialah " waktu ". manakala yang amat berat ialah " bekerja " dan harta yang tidak dimanfaatkan ialah "dirinya".
5. Umat yang daya fikirannya terencat. kita meniru bukan mencipta, kita mencanangkan bukan merintis, kita meminjam bukan memiliki.
6. Tenaga kerja umat terbengkalai. Kita banyak berbicara daripada bekerja. Kerja kita banyak berkisar pada diri sendiri.
7. Tenaga ekonomi umat terbantut...Kita tidak mampu untuk mengolah membangun ekonomi umat..
8. Daya kualiti umat tiada fungsi. Kita tinggalkan al Quran...
9. Kekuatan roh umat pudar. Orang yang bertaqwa tidak dimanfaatkan oleh umat..angin kemaksiatan bertiup kencang..
10. Sistem pendfidikan umat lemah.
11. Islam hanya sebagai selogan.
12. Keimanan umat yang rosak.

Ketika kamu berkata, " Dari manakah datangnya kelemahan ini ?, katakanlah, " itu datang dari kelemahan (kesalahan) dirimu sendiri", sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu",   ( Al Imran, 165 )

---Terima kasih ....

 

Last Updated (Saturday, 09 May 2015 16:33)

 

PERKHEMAHAN AGONG PUTERI ISLAM

Pergerakan Puteri Islam Daerah Tumpat telah menganjurkan Perkhemahan Perdana di SK Sri Neting Tumpat pada 2-4 April 2015. Seramai 7 wakil pelajar dari MMPP telah menyertai aktiviti tersebut. Beberapa keputusan pertandingan yang disertai oleh pelajar MMPP.

1. Nur Aisyah bt Azman : Ketua Platun Terbaik Sekolah Menengah
2. Johan Acara Memasak
3. Tempat Ketiga Kawad Kaki

Senarai Nama Pelajar MMPP yang menyertai perkhemahan:-

1. Nur Aisyah bt Azman
2. Afiqah Nurwani bt Norhisham
3. Wan Nurhayati W M Zain
4. Wan Nurafiqah Sabrina bt W Mustafa
5. Safiyyah bt Rustam
6. Noor Syuhada Hanani bt M Asri
7. Nur Fathihah Irna bt Radzuan.

Tahniah kepada Guru Penasihat dan Pelajar yang telah mengharumkan nama MMPP. Teruskan Usaha Anda.

 

 

 

 

BILIK WAWASAN - CAT BARU

 

Bilik Wawasan MMPP sedang diubahsuai dengan kata lain cat baru




Last Updated (Wednesday, 06 May 2015 06:25)

 

PERTANDINGAN NASYID (P) DI SRI 7.


Klik disini untuk tatapan video nasyid

28 APRIL 2015

Pada tahun 2015 pihak Yayasan Islam Kelantan telah melancarkan beberapa pertandingan baru untuk acara sukan Ilmiah di bawah Kelab Sukan Sekolah-Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan atau pernah di kenali dengan MASSAK. Antaranya ialah Tilawah Al Quran Kategori Perempuan dan Nasyid Kategori Perempuan.

MMPP telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Nasyid P Peringkat Zon 3, Tumpat. Acara telah dilangsungkan di Dewan Bunga Raya, Pantai Sri 7 Tumpat.  Alhamdulillah sebanyak 5 buah sekolah telah menghantar wakil yakni dari Maahad Muhammadi Tumpat, SMU(A) Bustanus Saadah Morak, SMUA Meheliah Geting, SMUA Tarbiah Diniah Islamiah Cabang Empat dan MMPP selaku tuan rumah. Setiap kumpulan terdiri dari 10 peserta dengan tajuk berasaskan tema "Perpaduan Ummah".

Keputusannya, MMPP hanya mencapai Naib Johan dan SMU(A) Meheliah Geting sebagai Johan. Walau bagaimanapun pihak jurulatih dan guru penasihat bersyukur dengan keputusan tersebut kerana markah antara Johan dan Naib johan pada awalnya sama. Setelah dirujuk kepada markah penentu maka perbezaan markah adalah 3 sahaja. Apapun tahniah kepada semua guru dan pelajar yang sempat berusaha siang dan malam hanya dalam satu minggu pelajar MMPP berjaya menunjukkan bakat yang tersendiri.

Last Updated (Monday, 11 May 2015 03:02)

 
More Articles...
Carian

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday59
mod_vvisit_counterYesterday24
mod_vvisit_counterThis week132
mod_vvisit_counterLast week259
mod_vvisit_counterThis month476
mod_vvisit_counterLast month1989
mod_vvisit_counterAll days332880

We have: 40 guests online
Your IP: 54.225.16.58
 , 
Today: Aug 16, 2017
Undian
Adakah Laman ini mesra pengguna
 
Slid Gambar
dsc_4830.jpg
Siapa di Talian
We have 40 guests online