Get Adobe Flash player
Home

Berita Terkini

Popular

Maklumat Semasa

Majlis Pelancaran Pungutan Derma Tabung Kebajikan Pelajar MMPP 2015

Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi oleh ucapan dari pengerusi dan ucapan aluan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Tarmizi bin Said. Ceramah Israk dan Mikraj di lancarkan oleh YB Ahmad Fathan bin Mahmood - Adun Cempaka.

Matlamat bagi program ini untuk menambah jumlah dana Tabung Kebajikan Pelajar MMPP bagi membantu pelajar miskin belajar dengan selesa dengan objektif memberi bantuan kepada pelajar miskin yang memerlukan.  Menggerakkan aktiviti tahunan Unit Kebajikan Pelajar.  Dengan harapan melahirkan rasa tanggungjawab insaniah didalam hati setiap warga MMPP.

Antara aktiviti unit kebajikan pelajar

1. Memberi bantuan kewangan kepada pelajar miskin

2. Memberi bantuan kepada pelajar mangsa banjir.

3. Memberi sumbangan cermin mata.

4. Menyediakan makanan ringan dan air semasa kelas tambahan.

5. Menguruskan bantuan-bantuan biasiswa MAIK, YAKIN dan sebagainya.




Last Updated (Thursday, 30 April 2015 01:23)

 

Kalam Jamie

Tahniah di ucapkan kepada team sekolah bagi kalam jamie yang telah memenangi pertandingan akhir peringkat negeri dengan mendapat tempat ketiga.

 

MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN, BULAN DAKWAH, BULAN BKK DAN BULAN MEMBACA 2015

9 APRIL 2015.

MMPP telah melancarkan program Pelancaran Bulan Badan-Badan Utama MMPP. Majlis perasmian dan pelancaran oleh Pn Nor Laili Salleh - Novelis. Beliau seorang penulis dengan nama "Melor Jelita".




Badan Disiplin dengan tema " DISIPLIN MENJANA GENERASI RABBANI YANG BERKETERAMPILAN TINGGI" .  Antara aktiviti sepanjang hari ini ialah Ceramah , pameran salah laku dan pameran pakaian, jualan dan edaran risalah.

Badan Dakwah dengan Tema " AL-QUDWAH FI AL-DAKWAH" - sepanjang bulan April. Antara program yang disusun ialah Speaking Corner, Hafazan Quran (Menengah Rendah) , Hafazan Hadis ( Menengah Rendah), Kuiz, Origami, Khat, Maahadians Chef, Cerpen & Sajak Islamik, Debat, Ustazah Pilihan, Lukisan Dakwah, Komik Islamik.

Badan Kaunseling & Kerjaya dengan tema " WHERE IS A WILL THERE IS A WAY". Antara aktiviti yang dirancang ialah Usrah Ainul Mardhiyah, The Choosen, Sudoh Koo?? Money Specialist, Heart Beat, Ukhti Mahbubah, Road to Paradise, Fasli Jannati, Ceramah Motivasi, Smart Camp, Teen IQ dan Fowlwords.

Majlis Pelancaran Bulan Membaca dengan Tema "MENUNTUT ILMU SELANGKAH KE JANNAH" .Antara aktiviti yang rancangkan Buku Nilam, pengunjung terbanyak, Kotak Ilmu, Mendekorasi PSS, Komik Muslimah, Spell-it-right, Cerpen, Google.

 

Selamat beraktiviti.

Last Updated (Thursday, 09 April 2015 01:41)

 

KALAM JAMAEI ZON 3 - MMPP JOHAN

7 APRIL 2015 Pertandingan Kalam Jamaei :- MMPP JOHAN Peringkat Zon 3 Tumpat.



Last Updated (Wednesday, 08 April 2015 09:04)

 

UJIAN HAFAZAN P & L PERINGKAT AKHIR - MMPP JOHAN

8 APRIL 2015 : Ujian Hafazan AL Quran Kategori L dan P, Peringkat Akhir berlangsung di SMU(A) Bustanus Saadah Morak, Tumpat. Wakil-wakil dari Zon 1 hingga Zon 8 telah menghantar peserta masing-masing, yakni 2 orang peserta setiap Zon. Untuk Zon 3, wakil lelaki Muhamad Syafitri bin Mohd Nazer dari SMU(A) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung dan wakil perempuan adalah dari MMPP, Busyra bt Salihin. Antara Hakim yang hadir ialah Ustaz Abdul Bari Abdullah Imam Masjid Kubang Kerian dan Ustaz Khairul Azwar Alias, Ustaz Abdullah Alwi Hj Ismail (Tahfiz Maik Panji) dan Ustaz Khalidi MTS Berangan. Majlis Penutup disempurnakan oleh YB Dato' Haji Che Abdullah b Mat Nawi ( Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Merangkap Adun Wakaf Bharu). Acara bermula jam 10.00 pg hingga jam 2.15 tgh.

KEPUTUSAN UJIAN HAFAZAN

A) KATEGORI LELAKI

1. JOHAN :  AMMAR BIN MUHD NURI - SMU(A) AL-KAUTHAR, PERINGAT

2. NAIB JOHAN :  AHMAD HUSNI BIN AZLAN - MAAHAD AL SABIRIN AYER LANAS

3. TEMPAT KETIGA:   IZZNUL AIMAN BIN ISMAIL - MAAHAD AHMADI TANAH MERAH

 

B) KATEGORI PEREMPUAN

1. JOHAN :   BUSYRA BT SALIHIN - MAAHAD MUHAMMADI PASIR PEKAN

2. NAIB JOHAN:   ?  - SMU(A) TARBIAH MARDZIAH PANCHOR

3. TEMPAT KETIGA:  SITI AMEERAH BT FAUZI - MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN

Syukur kepada Allah swt dengan ketentuannya dan Izinnya maka dengan ini Busyra Salihin telah menjuari Hafazan Kategori Perempuan MASSAK Yayasan Islam Kelantan untuk tiga tahun berturut-turut.

 



Bermula dengan menjuari peringkat Zon 3 pada usia 15 tahun dan pada tahun tersebut Busyra telah memenangi tempat ketiga Peringkat Negeri (2012). Pada tahun 2013, 2014 dan 2015 beliau telah berjaya mengekalkan Johan Peringkat ZON 3 TUMPAT dan mengekalkan JOHAN Peringkat Negeri dalam Ujian Hafazan Kategori P, MASSAK Yayasan Islam Kelantan. Tahniah

Dapatkah MMPP terus mengekalkan kejayaan untuk tahun-tahun seterusnya..sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki mutu bacaan Al Quran. Markah Busyra  93 % dengan Hakim bertaraf Antarabangsa ( Ustz Abdul Bari Abdullah ) membuktikan bahawa mutu bacaan beliau cukup baik. Sekali lagi tahniah atas usaha beliau dan guru pembimbing yang telah membimbing mulai dari Tingkatan Satu pada tahun 2010 hinggalah sekarang Tingkatan 6 (STAM) 2015.

" Berusaha untuk memperbaiki mutu bacaan Al Quran adalah menjadi tanggungjawab pembaca Al Quran."

Tips : 1. Untuk hafazan bukan hanya sehari dua tapi mesti bertahun-tahun, berterusan menghafaz dan perbaiki makhraj huruf, sifat huruf, wakaf & ibtida', kelancaran, seni lagu, lahjah Arab dan hukum-hakam yang wajib atas pembaca menjaganya sewaktu membaca ayat-ayat suci al quran.

2. Kenali setiap huruf hijaiyyah, kenal bagaimana rasanya dan kenal bunyinya bagaimana. InsyaAllah dengan bimbingan Guru Al Quran anda akan berjaya                (  dengan Izin Allah ) membaca Al Quran dengan lebih baik.

3. Serikan dan hiasilah bacaan kita itu dengan seni lagu khususnya seni lagu murattal yang terdiri dari lagu bayyati, lagu hijaz, lagu nahawand, lagu jiharkah, lagu soba, lagu rost dan lagu sikah. Secara umumnya setiap lagu asas, lagu Bayyati ada 5-6 bait lagu, Hijaz dan yang lain kurang lebih 4 bait lagu. Belum masuk cabang-cabang lagu yang lain. Maka carilah guru dan dengan begitu banyak irama lagu yang disahkan oleh ahli quran, apalah salahnya jika kita dapat kuasai satu lagu pun cukuplah.

Terima kasih.

Last Updated (Wednesday, 08 April 2015 08:59)

 
More Articles...
Carian

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday31
mod_vvisit_counterYesterday24
mod_vvisit_counterThis week104
mod_vvisit_counterLast week259
mod_vvisit_counterThis month448
mod_vvisit_counterLast month1989
mod_vvisit_counterAll days332852

We have: 12 guests online
Your IP: 54.225.16.58
 , 
Today: Aug 16, 2017
Undian
Adakah Laman ini mesra pengguna
 
Slid Gambar
dsc_4445.jpg
Siapa di Talian
We have 12 guests online