Get Adobe Flash player
Home

Berita Terkini

Popular

Maklumat Semasa

NASYID TASRIF - JOHAN

1 APRIL 2015

Pertandingan Nasyid Tasrif antara Zon 3 di bawah penyeliaan Pusat Bahasa Arab YIK telah berlangsung di SMUA Tarbiah Islamiah Cabang 4, Tumpat. MMPP juga telah menyertai pertandingan tersebut. Pada tahun 2014 MMPP dengan guru penasihat utama Pn Norhayati Ismail dan dengan bantuan dari semua guru yang mengajar Bahasa Arab telah mencapai tahap Naib Johan. Namun pada tahun 2015 MMPP telah berjaya menempah kejaayan  terbaik yakni JOHAN untuk Peringkat Zon 3 Tumpat dan akan mewakli zon 3 ke peringkat akhir. Tahniah untuk semua guru yang berganding bahu membentuk pasukan nasid tasrif hingga tahun 2015 memunculkan MMPP sebagai johan. Saling membantu akan memperkuatkan MMPP. Tahniah sekali lagi. Lupakan yang lain pakat-pakat bantu pelajar yang begitu bersemangat.

 

KAWAD KAKI (P) 2015 - JOHAN

2 APRIL 2014

Pertandingan Kawad Kaki (P) telah berlangsung di SMUA Meheliah Getting. Wakil MMPP dari Unit Beruniform KPAM telah mengharumkan nama MMPP untuk kali ke 4 ( 2012, 2013, 2014 dan 2015 - Johan Zon 3 Tumpat). Tahniah kepada pelajar yang sanggup meluangkan masa berusaha siang dan malam untuk mencapai kejayaan yang tidak mudah untuk dicapai. Dengan anggota seramai 32 orang para pelajar dapat membentuk satu pasukan yang padu hingga pada tahun 2015 sekali lagi dapat menjuarai pertandingan tersebut. Tahniah kepada pelajar, guru penasihat dan pentadbir sekolah. Belajar akademik cemerlang, aktiviti kokurikulum juga cemerlang, sahsiah juga cemerlang.

 

 

 

UJIAN HAFAZAN (P) ZON 3 2015- JOHAN

1 APRIL 2015 : Ujian Hafazan Kategori Perempuan Peringkat Kelab Sukan Sekolah-Sekolah Agama YIK berlangsung di SMUA Al Ulum Padang Embon. MMPP sekali lagi peserta MMPP BUSYRA BT SALIHIN telah menjadi JOHAN dalam ujian tersebut dengan 96 markah. Naib Johan wakil dari MM Tumpat dan tempat ketiga wakil dari SMUA Bustanus Saadah Morak. Tahniah kepada yang berjaya. Busyra akan mewakili Zon 3 ke peringkat akhir yang akan berlangsung di SMUA Bustanus Saadah Morak pada 8 April 2015. Busyra telah menjuarai katagori hafazan P Peringkat MASSAK ZON 3 TUMPAT bermula pada tahun 2012 hingga 2015. Pada tahun 2012 Johan Zon 3 dan tempat Ke 3 Peringkat Negeri, 2013 & 2014 Johan Zon dan Johan Peringkat Negeri. Semoga berjaya sekali lagi untuk tahun 2015.

 

Musholla Baru Naik Taraf 2015

Alhamdulillah, syukur banyak-banyak kepada Allah swt, kerana dengan izinNya maka pihak MMPP dapat memperbaiki lantai musholla. Jika sebelum ini lantainya sudah ada cuma beralaskan carpet ( mungkin sudah mencecah lebih 8 tahun tak berganti ) maka atas bantuan semua pihak akhirnya lantai diganti dengan morzek. Maka akan mudahlah untuk dibersihkan, akan lebih selesalah untuk beribadah. Maka MMPP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PARA DERMAWAN. Sekolah agama yang begitu kurang bantuan kewangan namun ada hati-hati yang mulia sanggup menghulurkan bantuan, alhamdulillah. Maka di sini sekali lagi pihak MMPP mengucapkan berbanyak terima kasih atas segala bantuan yang telah dihulurkan.




Pandangan Penulis : Bagi mereka yang pernah menimba ilmu di MMPP maka penulis suka memberi cadangan. Jika anda sudah berjaya, sudah berkerjaya, sudah ada sedikit kewangan yang lebih maka apalah salahnya hulurkan sedikit sumbangan untuk membantu adik-adik pelajar yang masih belajar di MMPP. Mungkin dulu sewaktu kita di MMPP ada orang lain yang memberi sumbangan, maka cantiklah sekiranya kita sekarang pula datang membantu. Datanglah ke MMPP, tanya pihak pentadbir apa yang perlu dibantu...

 

Last Updated (Thursday, 19 March 2015 08:10)

 

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI PERDANA 2015



UNIT HEM MMPP sedang menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi Perdana 2015 (KPOP) yang diadakan di Camp Sri Chap Bachok. KPOP bermula pada 17 Mac hingga 19 Mac 2015. Kursus Pengurusan Organisasi adalah salah satu kursus tahunan yang dijalankan oleh Unit HEM. Seramai 63 orang peserta menghadiri kursus ini dengan bantuan 33 orang KD. Tahniah kepada semua guru yang bersedia membantu menjayakan kursus yang dianjurkan. Semoga para peserta mendapat banyak manfaat hasil dpd menyertai program tersebut.

Last Updated (Wednesday, 18 March 2015 10:02)

 
More Articles...
Carian

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday26
mod_vvisit_counterYesterday24
mod_vvisit_counterThis week99
mod_vvisit_counterLast week259
mod_vvisit_counterThis month443
mod_vvisit_counterLast month1989
mod_vvisit_counterAll days332847

We have: 7 guests online
Your IP: 54.225.16.58
 , 
Today: Aug 16, 2017
Undian
Adakah Laman ini mesra pengguna
 
Slid Gambar
dsc_4448.jpg
Siapa di Talian
We have 7 guests online