Get Adobe Flash player
Home

Berita Terkini

Popular

Maklumat Semasa

PESKO : 2016

 

PESKO 2016.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt , dengan IzinNya warga MMPP telah dapat menjayakan Pesta Sukan MMPP (PESKO) 2016.

Tema pada tahun ini ialah "FIZIKAL CERGAS, MINDA CERDAS, MMPP TUNTAS". Perasmian dilaksanakan oleh tetamu undangan Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan ( Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Kelantan).

Upacara bermula dengan sambutan ketibaan YB Dato, perbarisan masuk 4 wakil rumah sukan dan acara perasmian. Selesai acara perasmi pertandingan peringkat akhir seperti Bola Jaring, Congkak, Catur, Dart, Ping Pong, Explorace dilangsungkan. Acara Badminton dan Bola Tampar diselesaikan seminggu sebelum acara PESKO. Dua hari sebelumnya MMPP menganjurkan larian merentas desa - acara yang julung-julung kalinya dianjurkan.

Acara lain ialah pertandingan acara Ilmiah yang diuruskan oleh AJK Persatuan dan Kelab seperti Nasyid, Nasyid Tasrif, Syarahan Bahasa Melayu dan Syarahan Bahasa Arab. InshaAllah pada bulan Mac 2016 akan diadakan pertandingan Kawad Kaki Peringkat MMPP. Tahniah diucapkan kepada semua warga MMPP yang telah berpartisipasi untuk menjayakan PESKO tahun ini.

Pertandingan Sukan Ilmiah dan Sukan antara sekolah-sekolah Agama YIK akan diadakan mulai 20 Mac 2016. Tunggu perkembangannya.



 







 











 




 










 


 

 

Sebelum PESKO antara acara yang melibatkan semua pelajar MMPP ialah Merentas Desa Kali 1. Hanya beberapa orang pelajar yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak berpartisipasi. Ada juga yang beri alasan ibubapa tidak izinkan ikut dalam acara Merentas Desa. Kali pertama Unit Kokurikulum membuat pra merentas desa dan kali kedua acara pertandingan yang mana markah pemenang akan dikumpulkan dan akan menentukan pasukan yang menjuarai secara keseluruhan PESKO 2016.

Merentas Desa kali ini, memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyertainya. Kedua,  10 orang peserta pertama sampai lebih awal akan mendapat hadiah dan markah terbaik untuk pasukan rumah sukan, Ketiga, 10 orang peserta Kategori A dan B akan mendapat mata , Keempat 10 peserta dari Kategori A dan B akan mendapat mata bagi rumah sukan mereka. Seramai 100 peserta dari Kategori A dan 100 dari Kategori B akan mendapat mata untuk pasukan mereka masing-masing. Itulah sahaja peserta-peserta yang akan memberikan mata tambahan untuk rumah sukan masing-masing, bagi mereka yang tak berjaya syukur kita dapat juga berlari, berlari-lari anak dan jalan kaki bersama. Ikatan keakraban, kerjasama, saling menghormati, keselamatan sesama pelajar dan guru dapat kita pupuk. Kerjasama semua pihak telah menjayakan majlis tersebut.

Terima kasih dari Unit Kokurikulum di bawah seliaan PK Ko Datin Hariza.

 

 



Last Updated (Wednesday, 02 March 2016 15:55)

 

Latihan Merentas Desa

3.00 pm, 17 FEB 2016

Unit Kokurikulum MMPP, pada petang yang cerah cuacanya, nak kata panas pun adalah sikit rasa panas..tapi aktiviti merentas desa dapat berjalan dengan baik. Semua pelajar terlibat dalam pra merentas desa. Merentas Desa kali 1 yang sudah hampir 8 tahun tak pernah dianjurkan. 2 tahun lepas pernah buat larian hingga 5 pusingan di Kompleks Belia Panji. Tapi apapun tahniah semua pelajar selamat dalam menjayakan aktiviti pada petang hari ini.




 

Last Updated (Wednesday, 17 February 2016 15:48)

 

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH KEPIMPINAN 2016

16 FEB 2016

Sekali lagi Badan-Badan Utama di bawah Unit HEM telah berjaya menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah

Kepimpinan Pelajar 2016. Majlis bermula kurang lebih jam 8.30 pagi dengan beberapa tetamu undangan

yang berlangsung di Dewan Zainab Al Ghazali.









 

 

Last Updated (Tuesday, 14 February 2017 01:31)

 

MAJLIS PERSARAAN PN ZAINAB AWANG

3 FEB 2016

Hari ini MMPP mengadakan Majlis Persaraan untuk Pn Zainab Awang dan Majlis Perpisahan buat 3 orang guru yang berpindah iaitu Ust. Mohd Ikbal Muhamad, Pn Sofiah Saad & Pn Subhiah. Ust Mohd Ikbal dan Pn Sofiah berpindah ke Maahad Muhammadi Pasir Mas, serta Pn Subhiah ke Maahad Ar Rahmah Kenali, K. Kerian.

Untuk makluman Ustazah Zainab bertugas di MMPP selama 22 tahun. Beliau berasal dari Kg Banggol, Gelang Mas, Pasir Mas dan mempunyai 5 orang cahayamata.

Sedikit maklumat tentang perkhidmatan beliau dengan Yayasan Islam Kelantan:

16/2/78 hingga Jun 1981 : di SMU A Aur Cina- Pasir Mas. Mulai Jun 1981 hingga 1987 di Maahad Amir Indera Petra Beris K Besar. Mulai 24/7/1994 beliau mula bertugas di MMPP hingga 2 / FEB / 2016.

Cuba bayangkan dimanakah anak-anak buah dari MMPP hasil P&P Ustazah Zainab selama 22 tahun jika dihitung-hitung banyak tu...anak muridnya. Di mana mereka sekarang? Apapun jika ada masa jenguklah guru anda!!

Penulis juga aktif bersama Ustazah dalam Briged Bakti. Perkhemahan Anjuran Briged Bakti Negeri Kelantan menyimpan banyak kenangan. Pernah mendapat anugerah Khemah Terbaik ( 2 kali ). Kawad Kaki Peringkat Zon 3 TUMPAT, boleh dikatakan belum pernah tewas ( kalu tak silap 5 tahun berturut-turut Johan Kawad Kaki (p) Zon 3 Tumpat - Anjuran YIK) Pada 2015 mencapai tempat ke 3 peringkat Negeri Kelantan ( Anjuran YIK ). Tahun 2014 Naib Johan Kawad Kaki Peringkat Negeri Kelantan Anjuran Briged Bakti Negeri Kelantan. Itulah antara kenangan bersama Ustazah Zainab dan lebih banyak lagi pengalaman Ustazah selaku Ketua Penasihat Briged Bakti MMPP.

Ilmu wajib dituntut untuk melakukan sesuatu amal ibadah kepada Allah swt. Sebagai contoh Solat tak akan lengkap tanpa belajar tentang bab air, bab ambil wuduk, bab rukun solat, bab solat berjemaah, bab masbuk dan muafik. Bila kematian bab pengurusan jenazah perlu diketahui, dipelajari dan Ustazah Zainab adalah salah seorang ahli dalam bab pengurusan Jenazah.

Selamat buat Ustazah Zainab Awang. Mohon maaf seandainya ada tersalah cakap atau perbuatan selama kita di MMPP. Jika umurnya panjang suatu masa akan kami lalui alam persaraan sebagai guru. Namun tugas dengan Allah swt tiada istilah bersara.







 

 







 

 

Last Updated (Wednesday, 10 February 2016 01:58)

 

ALP PROTUNE : MAC 2016 KE KONVENSYEN KEBANGSAAN DI PERAK

Ahli Lembaga Pengarah Protune 2015 ( sebelumnya dikenali sebagai PUM) MMPP telah terpilih untuk menyertai Konvensyen Peringkat Kebangsaan pada 11 hingga 14 MAC 2016 yang akan berlangsung di negeri Perak. Tahniah kepada semua. ALP Protune MMPP ialah antara 5 buah sekolah terbaik yang dipilih hasil daripada Konvensyen PUM peringkat negeri Kelantan yang diadakan pada minggu ke 4 persekolah 2016.

Last Updated (Friday, 29 January 2016 10:56)

 
More Articles...
Carian

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday68
mod_vvisit_counterYesterday24
mod_vvisit_counterThis week141
mod_vvisit_counterLast week259
mod_vvisit_counterThis month485
mod_vvisit_counterLast month1989
mod_vvisit_counterAll days332889

We have: 49 guests online
Your IP: 54.225.16.58
 , 
Today: Aug 16, 2017
Undian
Adakah Laman ini mesra pengguna
 
Slid Gambar
dsc_4886.jpg
Siapa di Talian
We have 49 guests online