Get Adobe Flash player
Home MAJLIS PERSARAAN PN ZAINAB AWANG

Berita Terkini

Popular

MAJLIS PERSARAAN PN ZAINAB AWANG

3 FEB 2016

Hari ini MMPP mengadakan Majlis Persaraan untuk Pn Zainab Awang dan Majlis Perpisahan buat 3 orang guru yang berpindah iaitu Ust. Mohd Ikbal Muhamad, Pn Sofiah Saad & Pn Subhiah. Ust Mohd Ikbal dan Pn Sofiah berpindah ke Maahad Muhammadi Pasir Mas, serta Pn Subhiah ke Maahad Ar Rahmah Kenali, K. Kerian.

Untuk makluman Ustazah Zainab bertugas di MMPP selama 22 tahun. Beliau berasal dari Kg Banggol, Gelang Mas, Pasir Mas dan mempunyai 5 orang cahayamata.

Sedikit maklumat tentang perkhidmatan beliau dengan Yayasan Islam Kelantan:

16/2/78 hingga Jun 1981 : di SMU A Aur Cina- Pasir Mas. Mulai Jun 1981 hingga 1987 di Maahad Amir Indera Petra Beris K Besar. Mulai 24/7/1994 beliau mula bertugas di MMPP hingga 2 / FEB / 2016.

Cuba bayangkan dimanakah anak-anak buah dari MMPP hasil P&P Ustazah Zainab selama 22 tahun jika dihitung-hitung banyak tu...anak muridnya. Di mana mereka sekarang? Apapun jika ada masa jenguklah guru anda!!

Penulis juga aktif bersama Ustazah dalam Briged Bakti. Perkhemahan Anjuran Briged Bakti Negeri Kelantan menyimpan banyak kenangan. Pernah mendapat anugerah Khemah Terbaik ( 2 kali ). Kawad Kaki Peringkat Zon 3 TUMPAT, boleh dikatakan belum pernah tewas ( kalu tak silap 5 tahun berturut-turut Johan Kawad Kaki (p) Zon 3 Tumpat - Anjuran YIK) Pada 2015 mencapai tempat ke 3 peringkat Negeri Kelantan ( Anjuran YIK ). Tahun 2014 Naib Johan Kawad Kaki Peringkat Negeri Kelantan Anjuran Briged Bakti Negeri Kelantan. Itulah antara kenangan bersama Ustazah Zainab dan lebih banyak lagi pengalaman Ustazah selaku Ketua Penasihat Briged Bakti MMPP.

Ilmu wajib dituntut untuk melakukan sesuatu amal ibadah kepada Allah swt. Sebagai contoh Solat tak akan lengkap tanpa belajar tentang bab air, bab ambil wuduk, bab rukun solat, bab solat berjemaah, bab masbuk dan muafik. Bila kematian bab pengurusan jenazah perlu diketahui, dipelajari dan Ustazah Zainab adalah salah seorang ahli dalam bab pengurusan Jenazah.

Selamat buat Ustazah Zainab Awang. Mohon maaf seandainya ada tersalah cakap atau perbuatan selama kita di MMPP. Jika umurnya panjang suatu masa akan kami lalui alam persaraan sebagai guru. Namun tugas dengan Allah swt tiada istilah bersara.







 

 







 

 

Last Updated (Wednesday, 10 February 2016 01:58)

 
Carian

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday62
mod_vvisit_counterYesterday24
mod_vvisit_counterThis week135
mod_vvisit_counterLast week259
mod_vvisit_counterThis month479
mod_vvisit_counterLast month1989
mod_vvisit_counterAll days332883

We have: 43 guests online
Your IP: 54.225.16.58
 , 
Today: Aug 16, 2017
Undian
Adakah Laman ini mesra pengguna
 
Slid Gambar
dsc_4922.jpg
Siapa di Talian
We have 43 guests online