Get Adobe Flash player
Home PESKO : 2016

Berita Terkini

Popular

PESKO : 2016

 

PESKO 2016.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt , dengan IzinNya warga MMPP telah dapat menjayakan Pesta Sukan MMPP (PESKO) 2016.

Tema pada tahun ini ialah "FIZIKAL CERGAS, MINDA CERDAS, MMPP TUNTAS". Perasmian dilaksanakan oleh tetamu undangan Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Hj Hassan ( Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Kelantan).

Upacara bermula dengan sambutan ketibaan YB Dato, perbarisan masuk 4 wakil rumah sukan dan acara perasmian. Selesai acara perasmi pertandingan peringkat akhir seperti Bola Jaring, Congkak, Catur, Dart, Ping Pong, Explorace dilangsungkan. Acara Badminton dan Bola Tampar diselesaikan seminggu sebelum acara PESKO. Dua hari sebelumnya MMPP menganjurkan larian merentas desa - acara yang julung-julung kalinya dianjurkan.

Acara lain ialah pertandingan acara Ilmiah yang diuruskan oleh AJK Persatuan dan Kelab seperti Nasyid, Nasyid Tasrif, Syarahan Bahasa Melayu dan Syarahan Bahasa Arab. InshaAllah pada bulan Mac 2016 akan diadakan pertandingan Kawad Kaki Peringkat MMPP. Tahniah diucapkan kepada semua warga MMPP yang telah berpartisipasi untuk menjayakan PESKO tahun ini.

Pertandingan Sukan Ilmiah dan Sukan antara sekolah-sekolah Agama YIK akan diadakan mulai 20 Mac 2016. Tunggu perkembangannya.



 







 











 




 










 


 

 

Sebelum PESKO antara acara yang melibatkan semua pelajar MMPP ialah Merentas Desa Kali 1. Hanya beberapa orang pelajar yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak berpartisipasi. Ada juga yang beri alasan ibubapa tidak izinkan ikut dalam acara Merentas Desa. Kali pertama Unit Kokurikulum membuat pra merentas desa dan kali kedua acara pertandingan yang mana markah pemenang akan dikumpulkan dan akan menentukan pasukan yang menjuarai secara keseluruhan PESKO 2016.

Merentas Desa kali ini, memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyertainya. Kedua,  10 orang peserta pertama sampai lebih awal akan mendapat hadiah dan markah terbaik untuk pasukan rumah sukan, Ketiga, 10 orang peserta Kategori A dan B akan mendapat mata , Keempat 10 peserta dari Kategori A dan B akan mendapat mata bagi rumah sukan mereka. Seramai 100 peserta dari Kategori A dan 100 dari Kategori B akan mendapat mata untuk pasukan mereka masing-masing. Itulah sahaja peserta-peserta yang akan memberikan mata tambahan untuk rumah sukan masing-masing, bagi mereka yang tak berjaya syukur kita dapat juga berlari, berlari-lari anak dan jalan kaki bersama. Ikatan keakraban, kerjasama, saling menghormati, keselamatan sesama pelajar dan guru dapat kita pupuk. Kerjasama semua pihak telah menjayakan majlis tersebut.

Terima kasih dari Unit Kokurikulum di bawah seliaan PK Ko Datin Hariza.

 

 



Last Updated (Wednesday, 02 March 2016 15:55)

 
Carian

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Bilangan Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday49
mod_vvisit_counterYesterday24
mod_vvisit_counterThis week122
mod_vvisit_counterLast week259
mod_vvisit_counterThis month466
mod_vvisit_counterLast month1989
mod_vvisit_counterAll days332870

We have: 30 guests online
Your IP: 54.225.16.58
 , 
Today: Aug 16, 2017
Undian
Adakah Laman ini mesra pengguna
 
Slid Gambar
dsc_4440.jpg
Siapa di Talian
We have 30 guests online